Saturday

Apakah Itu Marah..????

Semua orang pernah marah...Bohong la kalau ade yg tak pernah marah kan....so kat sini sama-sama la kita tgk tentang apa benda marah nie.....

Apakah itu marah?

• Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF

• Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal

• Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal

Apa yang berlaku apabila anda marah?

• Degupan jantung meningkat

• Tekanan darah meningkat

• Pernafasan menjadi cepat dan pendek

• Mengalami ketegangan otot-otot

• Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan terasa kuat dan pantas

Bagaimana perasaan marah timbul?

Perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang, sesuatu peristiwa atau kebimbangan dalam hidup anda. Kemarahan boleh berpunca dari faktor luaran apabila seseorang atau suatu peristiwa yang menyebabkan anda berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam. Kemarahan boleh berpunca dari dalam diri anda sendiri apabila memikirkan atau teringat sesuatu peristiwa yang menyebabkan anda rasa marah.

Kenapa anda merasa marah?

Anda terasa marah apabila tidak dapat mengawal atau menggubah sesuatu yang anda benci. Perasaan benci mengakibatkan keresahan dan ini merupakan perasaan marah yang sederhana.

Tuntutan atau permintaan di luar batas kemampuan anda untuk melaksanakannya akan mencetus keadaan marah yang lebih teruk.

Contoh: Lewat ke tempat kerja sudah amat meresahkan dan membimbangkan, apatah lagi terkandas di dalam kesesakan jalan raya yang menyebabkan kelewatan akan menambahkan lagi tahap kemarahan. Memburukkan lagi keadaan, bayangkanlah anda terlewat untuk menghadiri mesyuarat yang penting.

Apakah kebiasaan punca kemarahan?

• Dicederakan

• Ditipu

• Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan

• Terbiar tanpa diendahkan

• Hilang upaya mengawal

• Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan

Adakah satu kebiasaan bila dilanda perasaan marah?

Perasaan marah adalah suatu emosi yang normal serta reaksi tindak balas semula jadi terhadap sebarang ancaman dan ketidakselesaan. Kala menghadapi ancaman, kemarahan berupaya menjadikan seseorang bertenaga untuk melawan atau mempertahankan diri. Oleh yang demikian perlu mempunyai perasaan marah yang terkawal demi untuk kebaikan diri sendiri.

Kenapa perlu mengawal perasaan anda?

Undang - undang dan etika sosial telah menetapkan batasan untuk membolehkan anda meluahkan perasaan marah anda. Ingkari ketetapan berkenaan akan mengakibatkan anda melanggar undang - undang dan tersisih dari masyarakat.

Apabila perasaan marah tidak diuruskan dengan sewajarnya, seseorang boleh mengalami luka secara fizikal dan emosi akibat tindak balas orang lain, sekiranya keadaan berlaku suasana perasaan marah yang tidak terkawal.

Apakah kesan marah kepada anda?

Selain sebagai keselamatan, marah juga boleh membahayakan diri anda sendiri. Marah akan mendorong anda bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata- mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai, termasuk diri anda sendiri.

Perasaan marah yang dipendam akan juga mengundang masalah, terutama sekali berkaitan dengan jalinan perhubungan. Seseorang yang tidak meluahkan perasaan marah secara terbuka akan menjadikan dirinya:

• Bersifat negatif

• Suka mengkritik

• Bersifat mengejek/ Suka menyindir

• Bersifat ganas

Bagaimana anda boleh menangani kemarahan anda?

3 cara yang anda boleh lakukan iaitu:

• Meluahkannya

• Menahannya

• Menenangkan diri

Bagaimana anda meluahkannya?

Meluahkan perasaan marah anda dengan secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah cara yang paling terbaik dan berkesan. Untuk melakukannya, anda perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan apa yang anda rasai sejelasnya, apa kehendak anda dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa mencederakan orang lain. Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut; ia bermaksud menghormati diri anda sendiri dan orang lain.

Bagaimana anda menahannya?

Anda boleh menahannya dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan memalingkan pemerhatian anda terhadap hal lain. Tujuannya adalah untuk mengubahkan perasaan marah anda kepada perilaku anda yang lebih membina. Bahaya yang timbul akibat menahan kemarahan ialah ianya boleh menjejaskan diri anda sendiri. Dalam hal ini anda berkemungkinan boleh mendapat penyakit darah tinggi, sakit gastrik, sakit badan atau mengalami kemurungan.

Bagaimana untuk menenangkan diri anda apabila marah?

Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:

• Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda

• Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan

• Kendurkan atau legakan otot-otot anda

• Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan kepada pemikiran positif dan membina

• Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya

• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah

• Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda.

1 comment:

NICK IRFAN said...

wah! menarik info pasal marah ni...