Monday

Nak tangani stress...?????

Mungkin kita beranggapan ungkapan 'stress' terlalu sinonim dalam hidup kita.Sehingga kita mengandaikan seseorang yang berhadapan dengan masalah dan stress adalah kebiasaan dan jauh di sudut minda kita.."oh,esok-esok baiklah mood..."Tapi,pernahkah anda terfikir,apabila anda membiasakan diri anda hidup dalam stress,membiarkan diri anda dengan stress tidak akan mempengaruhi emosi dan jalan pemikiran anda pada masa depan?

Kita tidak perlu melarikan diri dari stress,tapi kita mampu mengatasinya.Sesetengah orang yang menghadapi stress dapat dilihat melalui tingkah laku dan percakapannya.Adakalanya seseorang itu stress jika berdiam diri.Jangan sesekali melayani stress anda,kerana ia hanya memburukkan lagi keadaan dan situasi.

Jom berkongsi tips-tips menangani stress~

1-Senyum..

Gila ke nak suruh orang senyum masa tengah stress,tension giler ni??0rang bodoh je yang buat macam tu..Tunggu dulu sebelum membuat andaian sebegitu,cuba anda tengok wajah anda ketika stress,confirm murung,sugul..ataupun mata dah bengkak sebab menangis semalaman.Aduh,betapa teruknya wajah kita masa tu…Allah anugerahkan kita wajah sebaiknya,dan amanah kita untuk menjaga anugerah Allah.Cuba anda senyum dan tatapi anugerah Allah pada kita,Senyumlah pengubat kedukaan.Bila kita lihat wajah kita tersenyum,InsyaAllah hati akan tenang.Insan yang memandang anda pun tersenyum,tak rugi kan?Mood stress pada wajah anda akan hilang serta merta walau hanya senyum sesaat pun!

2-Bersendirian

Kata orang,bila kita sedih,stress..perlukan seseorang menemani dan terus memberi nasihat buat kita.Tetapi kadang-kadang bila kita bersama orang yang salah,dan kemungkinan orang yang bersama kita tidak memahami situasi yang dihadapi,walhal berkemungkinan tidak mempedulikan kita.Ye la…masing-masing pun ada masalah beb!Cubalah ambil masa bersendiri,bermuhasabah diri…Masa inilah kita mendengar kata hati dan mengajar hati untuk terus bersikap positif.Dengan bersendiri,kita akan merenung kembali perjalanan yang kita lalui.Speak to your heart,and feel the beat…oh,I’m still alive~thanks G0d..

3-Bertenang dan berdoa.

Hanya ketenangan yang mampu memecahkan manic-manik kemarahan,kegusaran.Ketenangan ini akan kita perolehi dari aktiviti kerohanian.Ala…aku ni bukan alim sangat pun.Mungkin ada yang akan berkata macam ni..Ingat,bukan orang alim je yang perlu mendekati Allah,tetapi selagi berstatuskan ‘hamba Allah’,kita tidak berdaya melakukan apapun kalau bukan keranaNya.Selagi berstatuskan hamba kita semuanya lemah.Oleh itu ketenangan hanya ada jika kita berdoa kepadaNya.Berdoalah..Ada hikmah rupanya stress buat kita.Kalau selalu bahagia,manusia akan lupa masa deritanya.Sebab tu Allah berikan masalah kerana Allah nak kita berharap padaNya..Hebat bukan?

4-Pemaaf dan bersedekahlah..

Maafkan semua orang,barulah hidup bertambah tenang.Kita Cuma hamba Allah,bermaafanlahsesama saudara.InsyaAllah..hidup bertambah berkat.Kemaafan itulah yang membuatkan kita Redha atas ketentuanNya.Bersedekah mampu hilangkan stress ke?Tapi bagaimana?Ha…itulah rahsia amalan bersedekah ni..Bila kita bersedekah,kita akan membuatkan orang tersenyum,melihat senyumannya mampu membuat kita tenang.Selain itu,bila kita bersedekah secara ikhlas,kita akan bersyukur kerana Allah member peluang untuk kita berbuat kebaikan.Bonus buat diri juga.Cubalah bersedekah dan lihat kesannya..

5-Berselawat..

Selawatlah kepada Nabi Muhammad kita yang tercinta..Nabi antara contoh terbaik buat kita.Sebesarmana pun masalah yang dihidapi,tak sedikitpun Nabi tertekan demi menegakkan agama malah bersyukur atas musibah yang dilanda.Musibah yang berlaku adalah ujian dan tanda Allah menyayangi hambaNya.Justeru itu,berselawatlah.

6.Baca AlQuran.

Percaya tak,dengan mengalunkan bacaan Al-Quran dan memahami makna-makna bacaannya akan memberi kekuatan pada jiwa kita.?Stress berlaku apabila hati tidak tenteram,jiwa tidak tenang dan emosi merajai fikiran.Alunan bacaan Alquran adalh muzik yang terbaik dan jika kita menghayati makna Alquran,masalah kita terlalu kecil dibandingkan dengan masalah dunia.D0n’t tell G0d how big is your problem,but tell your problems h0w big is GOD.Allahu Akhbar…

7.Wudhu penyinar jiwa..

Kelebihan wudhu bukan hanya membersihkan jasad kita,malah membersihkan hati.Semasa berwudhu,kita akan membasahi anggota-anggota wudhu dengan penuh twadhu’ sebagai hamba.Air adalah molekul yang sangat unik dan istimewa di dunia.Memandang laut ciptaan Allah pun mampu membuat kita tenang,apalagi berwudhu dengan menyentuh molekul berharga itu atau meminumnya dengan ciptaan basmallah.Tenang bukan?Usai berwudhu,lakukanlah solat sunat dengan ikhlas,bermunajatlah kepada Allah.Sesungguhnya Allah adalah sandaran kita..Bermohonlah padanya.Kadang-kadang kita terlalu berharap pada diri sendiri dan lupa meletakkan tawakkal pada Allah antara punca kita menemui kekecewaan andai bertemu kegagalan.

8.Tidur.

Tidurlah setelah anda membersihkan hati dan jiwa anda..Tidurlah dengan syahadah tandanya Islam sentiasa bersama kita.Tidurlah dengan bertawakkal agar esok yang menjelma kita masih bernyawa dan berpeluang solat subuh.Tidurlah dengan asmaul husna memuji nama-nama Allah yang agung.Tidurlah walau untuk seketika..kerana tidur itu dapat mengembalikan tenaga.Anda akan merasai perubahan bila anda terjaga,seperti sesuatu yang baru.

9.Haruman..

Hidu wangian kegemaran anda..kalau anda tanya saya,saya lebih meminati wangian eucalyptus atau minyak kayu putih.Terpulanglah pada apa wangian kegemaran anda,cuba hidu dan anda akan dapati anda dapat membaiki mood stress secara perlahan-lahan.Wangian yang dihidu akan menghantar isyarat positif pada otak dan membantu anda bernafas dengan baik.Jika anda stress,jauhi dari persekitaran yang bising dan bau yang tidak menyenangkan.

1 comment:

NICK IRFAN said...

wah! thnkz byk jgk tips menangani stress....