Wednesday

Cerdik & Pandai tetapi bodoh...

Cerdik Pandai Yang Bodoh

Di dalam kecerdikan dan kepandaian ada kebodohan Yang tidak sepatut ada dan sangat ketara pula Di masa ilmu banyak, ada imu yang lebih banyak tidak ada pada manusia Ertinya manusia ini telah menjadi bodoh di dalam kepandaian Maksudnya ciptaan Tuhan boleh diketahui oleh manusia Pencipta ciptaan itu tidak diketahui Iaitu Tuhan yang Maha Esa Ini adalah aneh sekali Bahan-bahan yang ada di dunia Sama ada yang lahir mahupun yang tersembunyi dapat diketahui Malang sekali pencipta bahan tidak ada yang ingin mengetahui Manusia kagum dengan ciptaan Tuhan, tapi tidak kagum dengan Tuhan Seperti kagum dengan sebuah kereta, tapi tidak kagum dengan perekanya Manusia terpesona dan mabuk dengan ciptaan Tuhan Tapi tidak terpesona dan mabuk dengan Tuhan Pakar-pakar ciptaan Tuhan inilah yang dianggap ilmuannya Dibagi ijazah dan degree serta berbagai-bagai gelaran Dikagumi dan dihormati Padahal mereka ini jahil terhadap Tuhan dan ilmu ketuhanan Pada kita mereka inilah cerdik pandai yang bodoh Ciptaan Tuhan diketahui, Tuhan Pencipta tidak diketahui Cerdik tidak memberi erti apa-apa mengikut Islam Kerana cerdiknya pada perkara yang tidak utama Tapi yang dia bodoh pada perkara yang utama Apalah yang hendak dikagumkan Pakar pada perkara yang dapat disentuh dan dirasa Tapi jahil perkara yang tidak dapat disentuh dan dirasa Iaitu Tuhan yang Maha Esa Itu bukanlah pandai yang luar biasa Itu manusia biasa, yang tidak ada apa-apa istimewanya.

No comments: