Tuesday

Enam amalan yang boleh buat kita jatuh sakit.

Tahukah kita,65 peratus demam dan lebih separuh daripada bawaan makanan bermula dari rumah.Sebenarnya perkara yang kita lakukan setiap hari memberi kesan besar kepada kesihatan jangka panjang dan pendek.

1. Menggunakan span.

Ruang yang paling kotor dirumah adalah dapur.Ini kerana kita berurusan dengan daging mentah yang mengandungi E koli dan Salmonella,lain-lain virus dan bakteria.Yang menjadi masalah ialah ramai daripada kita membersihkan sink dan meja dapur menggunakan span atau tuala kecil.Inilah amalan yang tidak bersih kerana span atau tuala ini boleh menjadi kolam takungan organisma dan bakteria.Apa yang anda lakukan adalah mencelupkan span atau tuala kecil dgn larutan pembersih sebelum menggunakannya untuk membersihkan sink dan meja dapur. Cara lainialah mengeringkannya bagi membunuh bakteria.

2.Memvakum.

2. Menggunakan vakum untuk membuangkan habuk dan kotoran mmg memudahkan kerja.Namun vakum hanya akan membersihkan kotoran yg bersaiz besar bukan habuk.Lantai akan kelihatan bersih namun sebenarnya terdapat byk habuk yg boleh menjadi punca alahan dan asma berterbangan diudara.Untuk itu anda disarankan membeli pembersih vakum dengan penapis partikel udara yang memilliki tahap kecekapan tinggi.

3. Tidur diatas tilam dan bantal.

Tanpa melakukan apa-apa,secara purata setiap individu mengeluarkan 1.5juta sel kulit mati per jam setiap hari. Kulit mati yang terkumpul diatas tilam dan bantal ini kemudiannya menjadi tempat tinggal hama.Selepas tempoh lima tahu,10 peratus berat daripada bantal yang anda peluk setiap malam itu adalah hama.Dan itu jugalah yang anda sedut sewaktu tidur.Bagi mengelakannya,jgn tidur diatas tilam tanpa menggunakan cadar dan bantal yang bersarung.Selain itu, basuh cadar dgn air panas yg bersuhu antara 130-150 fahrenheit.

4. Memanggang daging.

Daging panggang memang lazat.Namun memanggang daging akan menghasilkan hidrokarbon aromatik polosiklik (PAHs),bahan penyebab kanser.Ia terjadi apabila lemak daripada daging menitik keatas api dan asap dihasilkan.Pada masa inilah PAHs terbentuk.Hasilnya anda menikmati daging yg diperkaya dgn PAH. Tetapi jgn bimbang,ada cara untuk menanganinya.Pertama,membalut daging yg ingin dipangang dgn kerajang aluminium. Kedua ,memasak daging separuh masak menggunakan ketuhar gelombang mikro sebelum dipanggang bg mengurangkan kandungan lemaknya.

5. Membuka tingkap.

Ramai yg membuka tingkap untuk menyedut udara bersih.Namun tahukah anda. pencemaran udara merupakan ancaman alam sekeliling yg keempat terbesar kpd negara. Bakteria,kulat,embun,asap tembakau,virus,bulu haiwan,habuk dari rumah dan debunga antara pencemar yg paling byk.Untuk mengelakkannya,tutup tingkap dan hidupkan penyaman udara yg memiliki sistem penapisan udara. Bilik tidur merupakan ruang yg paling penting diletakan penyaman udara kerana disitu terdpt bakteria yg berkumpul.

6. Menonton televisyen.

Bersantai di depan televisyen menjadi salah satu cara masyarakat moden berehat. Namun inilah amalan paling kurang sihat terutamanya jika kita kerap mengunyah snek yg berkalori tinggi. Apabila makan sambil menonton berat badan pasti akan naik.Kesannya anda berisiko diserang penyakit jantung,kanser,artiritis dan lain-lain penyakit.Jadi untuk mengatasinya adalah menutup televisyen,ketepikan snek dan pergilah bersenam.

No comments: