Tuesday

Risiko Hayat Antara Si Kurus & Si Gemuk

Satu kaji selidik di sini mendakwa individu gemuk cenderung untuk hidup lebih lama berbanding mereka yang memiliki berat badan ideal. Namun, pakar-pakar di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada yang menjalankan kaji selidik terhadap 11,300 orang dewasa selama 12 tahun itu tidak pasti mengapa perkara tersebut berlaku.

Kajian sama mendapati sepanjang tempoh itu, kelompok yang kurus cenderung menemui ajal lebih awal berbanding mereka dengan berat badan normal diikuti dengan kumpulan individu terlampau obes.

Menurut kajian tersebut yang turut diterbitkan di Jurnal Obesiti mendapati;

Mereka yang mempunyai BMI <18.5> 35 mempunyai kadar 36% lebih tinggi risiko untuk mati.

Mereka yang diklasifikasikan sebagai obes dan mempunyai BMI BMI 30-34.9 mempunyai risiko kematian yang sama dengan risiko-risiko kematian yang lain.

Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dengan BMI 25-29.9 mempunyai kadar 17% lebih rendah risiko untuk mati.

Berdasarkan penemuan itu, para penyelidik berkenaan menyatakan berat atau indeks jisim badan (BMI) bukan penentu tentang keadaan dan tahap kesihatan seseorang. Walaupun tidak dapat mengaitkan pertambahan berat badan dengan kurangnya risiko kematian.

Namun, mereka ada membuat andaian bahawa orang yang terlalu kurus lebih terdedah kepada risiko penyakit berjangkit kerana kekurangan zat untuk membina sistem pertahanan badan yang baik.

Manakala, meskipun orang gemuk dan obes lebih terdedah kepada penyakit metabolisma, ia boleh dikawal dengan rawatan dan pengambilan ubat-ubatan moden yang ada sekarang.

Terlalu kurus seperti yang sering digambarkan oleh model-model dan aktres barat bukan sahaja tidak cantik, malah amat berbahaya pada kesihatan

Menurut mereka, seseorang yang memiliki berat berlebihan tetapi aktif bersenam lebih sihat berbanding mereka yang memiliki berat badan normal tetapi tidak aktif. Selain itu, terlalu kurus juga boleh melemahkan tahap ketahanan badan dan lebih mudah dijangkiti oleh wabak penyakit berjangkit.

No comments: