Tuesday

peringatan! berhati-hati lah...!

Saya telah diperingatkan bahawa mereka org-org Kristian akan selalu cuba mengkristiankan org-org Bukan Kristian kerana pada mereka itu adalah satu Kewajipan.

Jika mereka mati tanpa cuba melakukannya, mereka akan mati dalam dosa. Oleh kerana itu, mereka akan cuba mengkristenkan walaupun seorang, tanpa mempedulikan cara apa sekalipun. Tidaklah menghairankan jika tidak ada ungkapan "tiada paksaan dalam beragama" atau "untukku agama ku untukmu agamamu" sebagaimana yang ada bagi kita org Islam kerana ayat-ayat itu cuma ada di dalam AlQuran.

Oleh itu saya merasa bertanggungjawab utk menceritakan apa yg telah berlaku di sini agar kita sama-sama berwaspada terhadap taktik mereka.

Sabtu lalu, kawan suami, W, seorg peniaga kecil-kecilan didatangi seorg lelaki melayu. Lelaki ini bertanya samada W mempunyai masalah kewangan. Dalam keadaan sekarang ini siapa yg tidak ada masalah kewangan ???

Lelaki melayu tadi menawarkan sumbangan kewangan ribuan ringgit...tak perlu buat apa-apa , cuma perlu isi borang sahaja. Alhamdulillah W seorg yg teliti, dia perasan di barisan paling bawah tercatit "Anda wajib menjadi ahli persatuan" Dia minta penerangan ttg persatuan yg dimaksudkan tapi lelaki itu mengelak. Tak perlu risau pasal persatuan tu katanya. W tak puas hati, selagi tidak mendapat penerangan dia tak mahu isi borang. Berdolak dalik begitu begini akhirnya dapat tahu persatuan itu adalah Persatuan Melayu Kristian.

Astaghfirrullah. Nauzubillah.

Rupanya telah ramai yg didatangi lelaki itu. Ada yg isi borang , tak perasan ttg syarat jadi ahli persatuan, ada yg perasan tapi tak tanya lebih lanjut sbb tidak terfikir ia Pers Kristen kerana lelaki yg mendatangi mereka adalah org melayu. Ada yg tak kisah sbb "Ala ...ahli Persatuan je ... bukannya jadik Kristian" Huh ??? Astaghfirrullah. Apapun, saya harap mereka dapat membuat laporan polis..mereka sedang berusaha utk mendapatkan salinan borang tersebut sebagai bukti. Saya juga menyarankan pada suami agar W dan mereka yg berkenaan mengadu pada Sultan agar Sultan tahu kejadian ini berlaku di daerahnya.

Marilah kita sama-sama berwaspada dan berdoa semoga ALLAH sentiasa melindungi kita dgn hidayahNYA. Amin.

Ustazah (Mantan Biarawati) berpesan : Lihatlah sekitar anda, jangan ada org yg lapar, jgn ada org yg telanjang, jangan ada org yg sakit dan jgn ada org yg tidak bersekolah. Apabila ada salah satu drp nya, Kristian akan masuk di kalangan mereka .. kerana mereka (org-org Kristian) sedia menyumbangkan makanan, pakaian, ubat-ubatan dan sekolah gratis "

Sekian. Harap Maaf .... yg baik itu dari ALLAH swt, yg tidak baik itu disebabkan kelemahan dan kesilapan saya sendiri.

2 comments:

addyaholix said...

nauzubillah. dunia sekarang makin macam-macam. semua perkara kena hati-hati waima isi borang sekalipon.

Nabilah Anafi said...

ya allah, dengan keadaan yang tak menentu ni.
siapa-siapa pun sanggup buat apa-apa untuk duit.
so,kita mesti be aware of our surroundings.