Monday

Khasiat Petai

Khasiat Petai

-Strok-

Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.

-Merokok-

Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.

Khasiatnya :-

1. Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.

2. Sembelit.Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.

3. Kegemukan.Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan.

4. Depresi. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.

5 comments:

addyaholix said...

aku suka petai. aku paling suka sambal petai dengan ikan bilis yang mak buat. selalunya aku akan ceduk petai lebih dari bilis masuk dalam pinggan. dan sampai sekarang aku tetap tak boleh berhenti merokok.

ke ikut kajian, perlu makan petai mentah-mentah?

AleXeNdEr reEz said...

Petai sangat mahal di KL...mungkin harga melambung sbb entry anda...


keh3

Ivy Metaga said...

adohai..tak pandai sy makan petai, ada cuba tapi tak dapat telan...mst kuar balik hahaha..

Putra Al-Maliki said...

ATp bdk2 zmn skrg nie rmai x suke makan petai..contohnya dlm nasik lemak..kalo ade petai dengan sambal ikan bilis tue mesti depa asingkan..

azwar said...

uih.. rugi sapa tak makan petai.. thanks for da info.. saja google pasai petai.. dapat sini..