Saturday

4 ciri wanita idaman lelaki

Apakah ciri wanita idaman lelaki? Satu persoalan yang sering berlegar-legar di setiap fikiran seorang yang bergelar wanita. Sebenarnya ia agak sukar untuk dinyatakan kerana kriteria atau ciri-ciri yang sebenar terletak kepada individu itu sendiri. Apa yang dinyatakan di dalam artikel ini adalah suara majoriti kebanyakan lelaki. Ia bukanlah seratus peratus tepat dan masih bergantung terhadap pendirian masing-masing. Kebiasaannya, seorang lelaki tidak terlalu cerewet dalam memilih pasangan.

Tidak materialistik:

Walau sekaya manapun seseorang lelaki itu, tidak kira samaada mereka jutawan, hartawan dan sebagainya, suara majoriti menyatakan mereka tidak suka wanita yang materialistik. Seorang wanita yang meletakkan perhubungan atas dasar ini kebiasaannya tidak akan setia. Kesetian mereka terletak pada nilai wang ringgit. Semakin kaya lelaki itu semakin setialah wanita tersebut. Jika mereka telah jatuh muflis atau sebagainya, mungkin kesetiaan yang selama ini diberikan akan beralih arah.

Pandai memasak:

Pasti wanita merasakan ciri ini adalah fahaman kuno yang tidak sesuai dengan peredaran masa terkini. Mungkin mereka silap, majoriti lelaki menyatakan bahawa ciri wanita idaman mereka adalah yang pandai memasak. Hampir 90% lelaki bersetuju dengan ciri ini, mungkin wanita sahaja yang terlepas pandang. Sememangnya pendapat dahulu yang menyatakan kasih sayang seorang isteri terletak pada masakannya adalah sangat tepat dan ia pasti tidak akan berubah sama sekali sepanjang zaman.

Bersederhana:

Seorang lelaki memang gemar untuk melihat wanita yang suka berlebih-lebihan, tetapi untuk perhubungan yang lebih serius, mereka lebih cenderung untuk memilih wanita yang bersederhana. Ini menunjukkan bahawa wanita yang berlebih-lebihan membawa perspektif negatif terhadap diri mereka sendiri. Lelaki lebih suka mempergunakan wanita seperti ini untuk kepuasan diri sendiri berbanding menganggap mereka sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul. Pendapat ini bukanlah rekaan tetapi adalah suara majoriti daripada lelaki.

Setia:

Walaupun lelaki tersebut seorang yang playboy, tetapi ciri wanita idaman mereka pasti seorang yang setia. Ia agak pelik bukan? tetapi ia sememangnya realiti. Berkemungkinan disebabkan keegoan seorang lelaki itu yang tidak suka dirinya untuk rasa ditipu. Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya 15% sahaja lelaki menerima kembali pasangan mereka yang telah menipu, dan sebahagian lain telah menolaknya. Ini menunjukkan betapa seriusnya keegoan seorang lelaki.

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI..

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" ? ?

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-gantimengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti. ? ?

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, ? lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa. ? ?

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." ? Gurunya meneruskannya...... ?

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" ?

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. ?

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar. ? ?

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..." ? ?

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... " ? ?

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid. ?

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita ? ? akan bangkit serentak, baru mereka gerun". ?

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. ?

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! ?

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TEMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI. ?

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN. ..

Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan..

~ DI SEBALIK LEBAM-LEBAM~

Mungkin ramai yg anggap lebam di peha selepas bangun dari tido adalah perkara normal...mengikut ilmu perubatan...ia adalah masalah pengaliran darah...mengikut kata org2 tua...kena gigit hantu...kali ni aku nak huraikan dari sudut agama pulak...so get ready dan bersedia utk buka minda...xrugi pun klu luangkan masa nak baca kejap...

Macam biasa lah..aku dengar ceramah dari seorang ustaz yg menyentuh soal ini...ditujukan terutamanya bagi perempuan yg selalu mengalami lebam di peha ketika bangun tido...ustaz ni dah bagi petua utk mengelakkannya...sekali dengan punca yg menyebabkan ia berlaku...

Pertama sekali, ia buleh berlaku apabila pempuan mandi ketika senja..diwaktu syaitan dan jin berkeliaran dan pempuan itu mandi dalam keadaan tanpa mengenakan sebarang kain basahan...berkemungkinan pempuan yg mandi senja ni...antara pukul 6.30-7.30 dan mandi selamba rock tanpa kain basahan...akan mengalami masalah lebam peha...kerana jin suke pada pempuan ni...itu pasal time tido jin tu gigit pempuan ni...perlu igt bahawa jin2 ni pun suke pada manusia..jgn ingat manusia je ada nafsu pada pempuan...jin pun ada...so time mandi dia mengendap dan time tido dia gigit...

Yg keduanya...pempuan yg sebelum tido makan dan pegi tido tanpa basuh tangan dan mulut...yg jenis mcm ni pun ada potensi utk mendapat lebam kat peha...oleh itu...elakkan makan kat tempat tido...dan elakkan dari tidak mencuci mulut dan tangan sebelum tido...jin akan gigit pempuan ni ketika tido...

Bukan xde lelaki yg lebam peha tapi jumlahnya xbanyak berbanding dengan pempuan...kerana ia berpunca dari jin yg suke kat pempuan tu dan pempuan tu sendiri yg xmenjaga kebersihan diri...

Bagi org moden...maybe sukar nak percaya jin2 ni...almaklumlah zaman moden...kat sekolah pun xdiajar...itu pasal susah sket nak terima hakikat perkara ni ada kaitan dengan unsur2 ghaib...lebih senang anggap ianya masalah peredaran darah je...

Oleh itu bagi sape2 yg selalu lebam kat peha...igt..jgn mandi ketika senja...lepas senja xpe nak mandi pun..dan klu nak mandi tu..sila pakai kain basahan...sebelum tido cuci mulut dan cuci tangan...bacalah ape yg patut..mudah2an xde lagi lebam kat peha dan kena tindih...

Sebab kepada kejadian ini adalah suka tidur selepas Asar, suka mandi malam dan mandi dalam keadaan naked. Jin tersebut dikatakan berkenan pada orang yang terkena lebam ni. Dia akan menghalangnya dari bertemu jodoh dan kalau orang itu telah berkahwin, dia akan cuba memecah belahkan perkahwinan tersebut.

Untuk mereka yang selalu mengalaminya, ikhtiar untuk menghindarkan kejadian ni dari terus berlaku adalah mandi air perahan limau nipis selama seminggu. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau badan kerana dipercayai jin mengenali manusia melalui bau badan.

P/s: Selamat mencuba...

Wednesday

Sekadar Untuk Renungan...

Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa... Solatlah walaupun keadaan terpaksa... Puasalah walau keadaan terpaksa... Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa... Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari... InsyaALLAH... Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut..